tetibe trgerak pulk nk update blog sbb trbaca satu artikel yg sgt interesting
yg ak rase sgt bertepatan dgn ape yg ak dok pkir slama ni...huhu
mungkin anda2 sume da tau bahawa SUARA WANITA ITU AURAT
ditekankan di sini, bukn lah bermaksud wanita tu x blh bersuara langsung
tp suara wanita itu menjadi haram utk diperdengar oleh bukn muhrim pd certain2 part
ni artikel yg ak dpt bg mereka yg masih mempertikaikan hukum bahawa suara wanita itu aurat
Suara wanita adalah aurat? (update)
Di sini ramai mempertikaikan, sekiranya suara wanita adalah aurat, bagaimana pula dengan guru-guru, pensyarah-pensyarah, malah pelajar-pelajar itu sendiri untuk berinteraksi dengan kaum berlawanan? Menjawab persoalan ini, pada dasarnya suara wanita itu bukan aurat. Ini berdasarkan pangangan majoriti ulama berdasarkan dalil berikut:
Wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majoriti ahli neraka.Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya..." (Riwayat Muslim)
Namun, apabila suara wanita tersebut dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan, ianya adalah haram untuk diperdengarkan kepada jantina berlawanan secara ijma'. Allah telah memberi amaran:
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Di sini, para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini.Imam As-Suddi berkata, larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.
mungkin anda sume perasan bahawa sudah menjadi trend pula wanita bertudung menyanyi
ak x nafikan yg ak pon prnah minat jgk penyanyi2 wanita bertudung nih
maklum laaa...metaliti kt skrg ni "wah! da la bertudung tp suara sedap! siap boleh main gitar lg tuuu~~"
dlu mmg ak menyokong penyanyi2 yg brtdung ni dgn alasan walaupon mreka menyanyi tp mreka still mengakalkan ciri2 muslimah...
tp bile pkir2 blik, dah termaktub bahawa SUARA WANITA ITU AURAT
jd knp wanita2 ini yg dah elok memakai tdung tp tiba2 pulak nk menyanyi kan
hmmm...pendek kate, yg haram itu tetap haram
kt mesti mengamalkan semua hukum, jgn la kt juz amik hukum menutup aurat dgn bertudung tp kt menolak pula hukum yg menyatakan suara wanita itu aurat..x blh ye~~
actually, ak pon rase sgt tidak selesa bile tgk mkin ramai pulk wanita2 bertudung ni mengupload video nyanyian mreka di utube
artikel kat bwh jelas menceritakan ape yg ak pkir slama ni
so, ak juz copy n paste je la ye coz mls nk taip..hahaha
Siapa di sini yang tidak pernah mengenali youtube, satu medium perkongsian video yang cukup terkenal sekali. Jika mulanya kita sekadar menonton video-video orang lain, tetapi kini kita sudah berani mengupload video sendiri. Pelbagai kegunaan dipraktikkan, baik dari segi hiburan, pendidikan, komersial, malah juga untuk tujuan dakwah. Namun, sejak akhir-akhir ini pula muncul satu trend untuk mempopularkan diri dengan youtube. Mereka ini muncul dengan pelbagai kreativiti, antaranya menyanyi, menari, malah miming juga turut dijadikan modal untuk menjadi popular. Amat malang sekali apabila trend sebegini telah menjangkiti kaum muslimah yang kita sayangi. Dikalangan mereka ini, ada yang muncul dengan membawa imej islamik, penampilan dengan baju kurung serta bertudung labuh sambil memegang gitar!

Respon ramai yang membimbangkan
Apabila melihat jumlah bilangan yang telah menonton video aksi muslimah tersebut telah mencecah hampir 100,000, di sini lahir suatu kehairanan. Betapa jumlah mereka yang tertarik pada video sebegini lebih tinggi mengatasi video-video lain yang cukup hebat seperti video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Dr. Maza dan lain-lain lagi. Jumlah bilangan yang ramai ini seolah-olah memberi restu kepada penggiat video-video sebegini sehinggalah mereka berani tampil membuat fan page sendiri seperti yang terdapat di laman sosial facebook.
Terlampau banyak komen disalurkan tanda sokongan mereka. "suara awak ni sedaplah", "comel la awak ni", "pandai awak main gitar", "jarang perempuan bertuduh labuh macam awak" dan macam-macam komen pujian melangit diberikan. Dan si muslimah tadi, tersipu-sipu malu kononnya tidak mengharapkan pujian-pujian sebegitu tetapi berani pula berjanji untuk berusaha membuat persembahan video yang lebih baik lagi.
Apabila muncul si pengomen-pengomen yang menegur akan tindakan muslimah itu, maka si pengomen yang mempertahankan si muslimah tadi akan mencantas mereka. “Malaikat internet!”, itulah gelaran yang diberi mereka. Pelbagai hujah diberi untuk mempertahankan si muslimah tadi dengan mengatakan suara bukan aurat, membandingkan dengan pertandingan tilawah quran, menyatakan dakwah cara baru dan sebagainya. Alangkah jahilnya mereka menyempitkan definisi penutupan aurat. Bagi mereka, asalkan memakai tudung, maka telah terlepasnya tanggungjawab penutupan aurat. Buat mereka ini, saya berharap anda tidak membawa ‘fatwa’ baru dan dinasihati merujuk pada ustaz yang lebih arif lagi sebelum menjadi penyokong tegar!
ape yg ditulis kat atas ni mmg btul!
ak sndiri pg ke fan page hamba Allah ni
dan mmg ade kaum lelaki yg x putus2 memuji kemerduan suara hamba Allah ni
so, mmg btul la kan bahawa suara wanita yg mendayu2 ni mampu menggugat keimanan seorg lelaki yg mana blh mengundang dosa
in my opinion laa...
anda sudah ada identiti muslimah iaitu bertudung
jd lg elok rase nye jika kt menyimpan suara kt yg merdu ni utk suami kt nnt
beruntung tau suami kt tu sbb dpt dgr suara merdu kt secara eksklusif gtu..huhu
tp suara ak ni sumbang mcm katak!! aaaaa...mcmana nk nyanyi utk laki ak nnt??? huhu
sekian sahaja perkongsian brguna utk kaum Hawa drpd ak yg kerdil nih
actually, bukn la nk kate ak ni muslimah bgus tp ak tulis ni sbg peringatan utk diri sndiri jgk ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan