Khamis, 31 Mac 2011

first time

esok practical anat
dgr cite ade mayat skali mase tu
ok, first time tgk mayat nmpk nye
haruslah ak menjadi jakun bile dpt tgk mayat yg diawet esok..huhu
ceh! padahal membe2 kat india da bosan potong2 mayat...kikiki
wish me luck for tomorrow prac ok :))

Rabu, 30 Mac 2011

Penyanyi bertudung???

lame sgguh x update blog..huuuu
tetibe trgerak pulk nk update blog sbb trbaca satu artikel yg sgt interesting
yg ak rase sgt bertepatan dgn ape yg ak dok pkir slama ni...huhu
mungkin anda2 sume da tau bahawa SUARA WANITA ITU AURAT
ditekankan di sini, bukn lah bermaksud wanita tu x blh bersuara langsung 
tp suara wanita itu menjadi haram utk diperdengar oleh bukn muhrim pd certain2 part
ni artikel yg ak dpt bg mereka yg masih mempertikaikan hukum bahawa suara wanita itu aurat


Suara wanita adalah aurat? (update)
Di sini ramai mempertikaikan, sekiranya suara wanita adalah aurat, bagaimana pula dengan guru-guru, pensyarah-pensyarah, malah pelajar-pelajar itu sendiri untuk berinteraksi dengan kaum berlawanan? Menjawab persoalan ini, pada dasarnya suara wanita itu bukan aurat. Ini berdasarkan pangangan majoriti ulama berdasarkan dalil berikut:
Wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majoriti ahli neraka.Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya..." (Riwayat Muslim)
Namun, apabila suara wanita tersebut dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan, ianya adalah haram untuk diperdengarkan kepada jantina berlawanan secara ijma'. Allah telah memberi amaran:
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Di sini, para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini.Imam As-Suddi berkata, larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.

mungkin anda sume perasan bahawa sudah menjadi trend pula wanita bertudung menyanyi
ak x nafikan yg ak pon prnah minat jgk penyanyi2 wanita bertudung nih
maklum laaa...metaliti kt skrg ni "wah! da la bertudung tp suara sedap! siap boleh main gitar lg tuuu~~"
dlu mmg ak menyokong penyanyi2 yg brtdung ni dgn alasan walaupon mreka menyanyi tp mreka still mengakalkan ciri2 muslimah...
tp bile pkir2 blik, dah termaktub bahawa SUARA WANITA ITU AURAT
jd knp wanita2 ini yg dah elok memakai tdung tp tiba2 pulak nk menyanyi kan
hmmm...pendek kate, yg haram itu tetap haram
kt mesti mengamalkan semua hukum, jgn la kt juz amik hukum menutup aurat dgn bertudung tp kt menolak pula hukum yg menyatakan suara wanita itu aurat..x blh ye~~

actually, ak pon rase sgt tidak selesa bile tgk mkin ramai pulk wanita2 bertudung ni mengupload video nyanyian mreka di utube
artikel kat bwh jelas menceritakan ape yg ak pkir slama ni 
so, ak juz copy n paste je la ye coz mls nk taip..hahaha

Siapa di sini yang tidak pernah mengenali youtube, satu medium perkongsian video yang cukup terkenal sekali. Jika mulanya kita sekadar menonton video-video orang lain, tetapi kini kita sudah berani mengupload video sendiri. Pelbagai kegunaan dipraktikkan, baik dari segi hiburan, pendidikan, komersial, malah juga untuk tujuan dakwah. Namun, sejak akhir-akhir ini pula muncul satu trend untuk mempopularkan diri dengan youtube. Mereka ini muncul dengan pelbagai kreativiti, antaranya menyanyi, menari, malah miming juga turut dijadikan modal untuk menjadi popular. Amat malang sekali apabila trend sebegini telah menjangkiti kaum muslimah yang kita sayangi. Dikalangan mereka ini, ada yang muncul dengan membawa imej islamik, penampilan dengan baju kurung serta bertudung labuh sambil memegang gitar!

Respon ramai yang membimbangkan
Apabila melihat jumlah bilangan yang telah menonton video aksi muslimah tersebut telah mencecah hampir 100,000, di sini lahir suatu kehairanan. Betapa jumlah mereka yang tertarik pada video sebegini lebih tinggi mengatasi video-video lain yang cukup hebat seperti video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Dr. Maza dan lain-lain lagi. Jumlah bilangan yang ramai ini seolah-olah memberi restu kepada penggiat video-video sebegini sehinggalah mereka berani tampil membuat fan page sendiri seperti yang terdapat di laman sosial facebook.
Terlampau banyak komen disalurkan tanda sokongan mereka. "suara awak ni sedaplah", "comel la awak ni", "pandai awak main gitar", "jarang perempuan bertuduh labuh macam awak" dan macam-macam komen pujian melangit diberikan. Dan si muslimah tadi, tersipu-sipu malu kononnya tidak mengharapkan pujian-pujian sebegitu tetapi berani pula berjanji untuk berusaha membuat persembahan video yang lebih baik lagi.
Apabila muncul si pengomen-pengomen yang menegur akan tindakan muslimah itu, maka si pengomen yang mempertahankan si muslimah tadi akan mencantas mereka. “Malaikat internet!”, itulah gelaran yang diberi mereka. Pelbagai hujah diberi untuk mempertahankan si muslimah tadi dengan mengatakan suara bukan aurat, membandingkan dengan pertandingan tilawah quran, menyatakan dakwah cara baru dan sebagainya. Alangkah jahilnya mereka menyempitkan definisi penutupan aurat. Bagi mereka, asalkan memakai tudung, maka telah terlepasnya tanggungjawab penutupan aurat. Buat mereka ini, saya berharap anda tidak membawa ‘fatwa’ baru dan dinasihati merujuk pada ustaz yang lebih arif lagi sebelum menjadi penyokong tegar!

ape yg ditulis kat atas ni mmg btul!
ak sndiri pg ke fan page hamba Allah ni
dan mmg ade kaum lelaki yg x putus2 memuji kemerduan suara hamba Allah ni
so, mmg btul la kan bahawa suara wanita yg mendayu2 ni mampu menggugat keimanan seorg lelaki yg mana blh mengundang dosa

in my opinion laa...
anda sudah ada identiti muslimah iaitu bertudung
jd lg elok rase nye jika kt menyimpan suara kt yg merdu ni utk suami kt nnt
beruntung tau suami kt tu sbb dpt dgr suara merdu kt secara eksklusif gtu..huhu
tp suara ak ni sumbang mcm katak!! aaaaa...mcmana nk nyanyi utk laki ak nnt??? huhu
sekian sahaja perkongsian brguna utk kaum Hawa drpd ak yg kerdil nih
actually, bukn la nk kate ak ni muslimah bgus tp ak tulis ni sbg peringatan utk diri sndiri jgk ;) 

Sabtu, 19 Mac 2011

P.U.A.S :)))

hr ni MALAYSIAN SOCIETY buat Cardiff European Game (CEG)
tp ak x main la game2 tu coz malassss..haha
ak juz jd AJK memasak je sbb ade jgk stall2 jual ASIAN FOOD
ala2 bersukan smbil berfood fiesta laaaa...huhuhu
malang nye dek kerana trlalu sibuk menolong org memasak 
maka x sempat ak nk snap gambo2...hehe

actually ak sgt byk coursework kena siapkn
lebih2 lg practical exam sgt2 dekat!
tp still rase sgt rugi klu x involve dgn kerja2 mcm ni
maka ak pon join la jd AJK memasak utk jualan kelab Cardiff Nusantara Network (CNN)
ak menyumbang satu resipi iaitu popiah sardin...ngeeeee
aktiviti masak memasak dibuat di rumh ak
meriah btul rumah ak mlm td
mmg terasa la suasana malaysia..huuuuuu
mlm td kami sume bertungkus lumus masak popiah sardin+ 2 jenis nasi + ayam masak merah
sampai ade yg x tido kot
ak pon tido 3 jam je..kuikuikui
tp seyesly, ak rase sgt seronok!
maklumlah, da lame x terlibat dgn aktiviti2 mcm ni :)))
dpt jgk la ak kenal2 dgn org2 cardiff yg slama ni x prnah jumpe pon..hehe

then, esok pg nye, trus siap pg student center utk membeli-belah
puas jgk la sbb dapat mkn makanan malaysia kan..hehe
nk msak sendiri mls kan...heeeeeeee
yg pling bes nye, gerai kitorg laku mcm pisang goreng weh!
popiah ak pon habis dijual...Alhamdulillah~~
harap2 thun ni lbih untung la drpd thun lpas..

owh! pernah kah anda semua mendengar perkataan "erti hidup dgn memberi"
perkataan ni asal dr ustaz Zaharuddin x silap ak..not sure..hehe
ak cube mengamalkn ayat di atas iaitu kita memberi dan menyumbang ape yg termampu
dan mmg btul! ak rase puas apabila dpt menyumbang sesuatu :)))

lg satu, ak ni kaki shopping sbnrnye
tp nafsu shopping tu dtg bile ak ade duit je laaa...hehe
shopping ni pon salah satu aktiviti yg membuatkn ak rase puas...heheh
walaupon kdg2 ak shoping utk bli brg org lain, tp as long as ade perkataan shoping mmg ak akn rase sgt puas dan seronok...kuikuikui
tp ak xde la shoping smpi x saving langsung..
ak akn shoping bile ak da consider dr sume segi aspek
so, duit lbih tu la yg ak gune utk soping
soping utk org lain pon ak teruja wei..hahaha
ok2..nk mule bt coursework..bye! salam
 
p/s: menjadi AJK pengankutan dan tempat tinggal utk program akan datang..pasti nye sgt mencabar!!

Jumaat, 11 Mac 2011

Allah

siang mlm ak memohon dikurniakan kekuatan ini
mohon yg teramat sgt kpd Allah
hr ni mungkin doaku dimakbulkan
Allah mengurniakan kekuatan itu
walaupn ak tau bnda ni sgt2 mencabar
tp ak yakin ak telah bt prkara yg btul
tiada keraguan lg
ya! smua org menyatakan bhawa bnda ini btul
jd tidak ade sbb utk ak truskn nye lg
terima ksih Ya Allah krn mengurniakan ak kekuatan ini
terima kasih kerana sntiasa bersama hamba-Mu yg hina ini

Selasa, 8 Mac 2011

i hate 99 pence!! =.="

i already mentioned b4 this about makanan murh2 di Cardiff
can u believe that most of food here cost around 99 pence!
ermm..i mean the fast food! hehe
like crackers, chocolates,ice cream, frozen food, milk, fries, cheese etc.
urghhh...i know its good to have mknan murah2 kan
save my money :))
but! sometimes this is not good for some reason
check out my collection!




see! i bought lots of chocolates!!
dlm tupperware tu pon da ade 3 jenis coklat
tmbh pulk dgn 2 bar besar coklat cadbury! haih!
coklat cadbury tu made in turkey beb! pasai tu la ceq teruja nk bli...hohoho
sume ni harge 99 pence jeee...sbb tu la laju je ak bli..huhu
oh2! 99 pence tu ala2 99 sen laa...heeeee
tu pon ade lg saki baki coklat kat almari yg ak trlupe nk snap...ngeh3
blum cmpur dlm peti lg yg ade fries paket jumbo + eskrem + donat + piza + paratha + roti + fillet + cheese + milk
gemuk la ak mcm ni weii!!
hmm...tp bile ak timbg kat rumh senior hr tu berat ak da trun 3kg pulk!
musykil ak sbb ak kan mkn byk jgk laaa
tp bile report dtg brgolek2 mmg ak mkn baguettes je hr2 coz xde mase nk msak...kuikuikui


p/s: crunchie is my fav chocolates! :))))

Ahad, 6 Mac 2011

shiiiiveriiiing!!

sgt sejuk!
walaupn da nk msuk spring tp still sjuk jgk
mlm2 suhu cecah -1...huuuuu
smpikn ak ngadap laptop ni pon pkai tdung...ngeh3
ternyata tdung dpt mem"warm"kan kpala ak nih...hihi
dlm blik sndiri pon tutup aurat! lol!

Sabtu, 5 Mac 2011

Dia sangat hebat!

bru lpas stalk blog sorg akak senior dkat Aberdeen
what i can say is DIA SANGAT HEBAT!!!
why i'm saying like that?
bcoz last summer, i mean summer 2010
she went to Mesir for a month
sebulan lame tu weh!
but cube teka die buat ape selama sbulan kat Mesir tu?
melancong?? explore Mesir?? panjat piramid?? join Egypt Revolution?? ops! terlbih sudah...huhu
sume jwpn di ats tu salah same skali! 0 markah utk anda! hehe
akak senior tu prgi ke Mesir slama sbuln utk bertalaqi dgn ulama2 di sana!
Masyaallah! sgt kagum ak dgn pikiran beliau yg sgt hebat itu
ak trmenung sndirian lpas bc blog beliau
ak pulak mcmn?? slama ni mmg la ade pkir nk p Mesir
tp utk ape?? melancong tgk piramid je la yg ak pkir
x prnah trlintas sedetik pon di ht ak utk bertalaqi dgn ulama2 di sana..Astagfirullah!
dr ctu ak tau betapa hina nye diri ak ni
trlalu lalai dgn keduniaan...Ya Allah ampun kn dosa hmba mu ini~~
ni sedikit pengalaman brtalaqi beliau yg ak cilok dr blog nye
ampunnn kak coz trpakse amik without permission....hehe
xpe2...dia bukn bc pon blog ak...hehe


Pastinya, bukanlah melancong semata niat ke sana. Kami teringin sekali menghadiri kelas yang sentiasa disebut pelajar-pelajar Mesir, yang memang menjadi kejelesan kami; dan alhamdulillah Allah permudahkan. Dan kami cuma punya cuti yang panjang di musim panas, kerana target kami sekurang-kurangnya perlu sebulan di sana.
Alhamdulillah, Allah izin untuk kami menghadiri beberapa kelas di sana; dua maincourses iaitu Kursus Bahasa Arab dan Kursus Al-Quran serta beberapa lagi kelas tafaqquh tidak formal.
Masha-Allah, memang masha-Allah.
Alhamdulillah, untuk kelas bahasa, kami berjaya menghabiskan dua mustawa (level). Dan yang paling menggembirakan, kami berjaya menghabiskan bacaan 30 juzu’ Al-Quran Riwayat Hafs dalam masa tiga minggu di bawah pantauan Ulama’ Al-Azhar Syarif, Syeikh Nabil Muhammad. Alhamdulillah, alhamdulillah.
It was above my expectation; hari pertama saya mengaji cuma beberapa muka. Sana sini disekat syeikh dan syeikhah. Makhraj itu, makhraj ini. Astaghfirullah, macam manalah saya baca quran selama ni!
Alhamdulillaah, hari demi hari, akhirnya dalam sehari boleh baca dua hingga ke tiga juzu’. Cumanya, dengan saya yang memang ada masalah suara cepat habis, nafas pula cepat tersekat; memang sungguh seksa untuk membaca 6jam sehari atau lebih. Berkotak-kotak strepsils saya habiskan. Syeikhah siap bagi tips minum air ini itu untuk pernafasan.huhu. Alhamdulillah, lepas juga akhirnya =)
kdg2 ak pkir
blh ke ak mengikut jejak langkah beliau utk bertalaqi ke Mesir?
tp ade sesuatu yg mmg menyekat ak dr brniat utk ke sana
huhu...biarlah rahsie ye~~
but, mmg skrg ak tgh usaha ke arah sesuatu
apekah itu?? biarlah mnjadi rahsia antara ak dgn Allah saje ;))
yg pnting skrg, melancong ke europe,jepon,aussie and india sume ak trpakse taruk blakang
ak nk tunaikn ape yg wajib dahulu..InsyaAllah~~